Wednesday, 15 May 2013

Ciri - ciri Model Perniagaan

1. Modal permulaan rendah


-Anda perlu meencari satu produk yang relatifnya murah dan keuntungan adalah tinggi.Itu hukum perniaagaan. Tetapi sekiranya modal rendah keuntungan pun rendah tetapi permintaan yang berterusan akan menyebabkan keuntungan atau pendapatan yang berulang-ulang.


Permintaan yang berulang

 -Permintaan pasaran yang berulang-ulang menjadikan sesuatu business itu teguh di pasaran dan menawarkan produk yang sama setiap hari.
Ada 2 model permintaan berterusan.

1-Produk yang menjadi asas

-Produk ini lazimnya amat murah dan menjadi sumber untuk manusia terus hidup.Produk yang dimaksudkan adalah seperti makanan,air,pakaian.
tetapi mengapa nelayan tidak kaya? mengapa pesawah tidak bilionair walaupun setiap hari orang makan nasi?
 Fikirkan,fikirkan dan fikirkan!
Ini terletak pada olahan produk. Maksudnya ada taukeh gula yang bilionair tetapi peladang tebu tetap tak kaya. Betul bukan? Mengapa penjual ayam pasar malam tak kaya seperti tokey KFC?
Usahawan mengolah produk agar menjadi sesuatu yang lebih menarik dan bernilai. Ada orang jual air di kedai ke? tiada. Tetapi usahawan menjual air mineral,jus,kordial,dan air bergas yang bernilai berbilion-bilion dagangannya.

2-Produk yang menjadi kehendak

- Produk ini adalah keperluan tetapi manusia tidak mati kalau tidak gunakannya. Produk yang boleh disenaraikan di sini seperti minyak,topup,elektrik,handphone,rokok dan talian internet?
Produk ini mendapat permintaan yang berulang ulang. Setiap hari ada pelanggan baru,dan pembelian dari pelanggan lama. Industri seperti inilah yang perlu kita terokai dan terjun untuk mendapat hasil dalam dagangan berbilion-bilion dolar sehari.

2.Permintaan menyeluruh

- Apa itu permintaan menyeluruh? Semua peringkat umur memerlukankannya. Contoh saya berikan:
Semua pemilik handphone perlu tambah nilai apabila kehabisan kredit tidak kira peringkat umur,jika dia ada handphone dia perlu topup walaupun dia baru aje 8 tahun. Faham ker?
Kedua-permintaan tidak menyeluruh tetapi segelintir kelompok itu memerlukannya.
Contoh saya berikan: semua bayi di malaysia memakai lampin pakai buang.Lihat,hanya untuk bayi,tetapi mereka memerlukannya. Jadi ini prmintaan yang berulang kerana bayi dilahirkan di dunia setiap hari.

3. Produk tidak basi/rosak

_produk yang anda pilih tidak basi dan mudah rosak.Produk terpilih yang digunakan tiap-tiap hari adalah prepaid,minyak,rempah ratus,industri sekunder dan perkhidmatan seperti talian internet,televisyen berbayar dan suratkhabar.
semua produk ini relatifnya murah tetapi membuat keuntungan yang berterusan. Produk juga boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.

 4.Mempunyai level marketing

Pernah dengar Multi Level Marketing?

Setiap ahli dibayar atas jualan mereka dan juga memperoleh rebet di atas penjualan ahli bawah mereka. Ini juga pendapatan pasif yang mengiurkan. Yelah,duduk rumah goyang kaki sahaja kan? Tetapi anda perlu tahu 1 fakta perniaagaan.Semua tokey business di dunia ini bermula dari bawah.Sama juga dengan si goyang kaki tadi. Pada permulaan dia telah bersusah payah untuk mencari ahli groupnya. Betul tak?
saya terangkan kepada rakan saya dengan panjang lebar tentang model business paling senang untuk seorang student lakukan. Banyak pilihan yang boleh kita buat perniagaan sebagai seorang student. Cuma perlu fokus dan berusaha. Sudah ramai student berkereta mewah ke kuliah.Kita hanya perlu merebut sedikit peluang untuk mendapat seperti yang orang lain boleh dapat..